PERATURAN & TATACARA MENGUNDI
JAWATANKUASA PILIHANRAYA (JPR)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPM) SESI 2009/2010
JAWATANKUASA PILIHANRAYA (JPR)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPM) SESI 2009/2010
CARA MENGUNDI :
1. Pengundian bermula pada 30 Jun 2010 jam 12.00 tengahari dan berakhir pada jam 7.00 petang.
2. Setiap pengundi hanya dibenarkan sekali sahaja untuk mengundi.
3. Undian mestilah dilakukan dengan menggunakan pensel yang telah disediakan oleh JPR MPPM 2009/2010.
4. Pengundi hendaklah memilih 4 calon siswa termasuk seorang dipilih sebagai PRESIDEN serta 3 calon siswi termasuk seorang yang dipilih sebagai TIMBALAN PRESIDEN.
5. Lipat borang undian tersebut sebagaimana yang diarahkan oleh Ahli Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) MPPM 2009/2010.
6. Borang undian mestilah dimasukkan dalam peti atau kotak undi yang disediakan.
7. Pengundi hendaklah segera meninggalkan bilik mengundi selepas selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
8. Pengundi dinasihatkan untuk mengambil perhatian dan mematuhi setiap arahan daripada JPR MPPM 2009/2010
9. Undi adalah rahsia.
UNDI ROSAK :
1. Undian yang dibuat oleh bukan Ahli Majlis Mesyuarat MPPM bagi sesi pentadbiran 2009/2010 atau pentadbir Persatuan Zon dan Badan Kebajikan Anak Negeri bagi sesi pentadbiran 2009/2010.
2. Borang undi tidak asli.
3. Pengundi tidak mengikut arahan di dalam kertas undi.
i. Pengundi tidak menggunakan tanda X ketika mengundi.
ii. Pengundi memangkah kurang atau melebih jumlah calon yang ditetapkan.
4. Undian yang dibuat di luar waktu mengundi atau luar bilik mengundi.
5. Pengundi menggunakan selain daripada pensel yang disediakan oleh JPR MPPM 2009/2010.
PENGIRAAN UNDI :
1. Pengiraan undi akan dilakukan sebaik sahaja tamat tempoh pengundian.
2. Hanya Ahli Jawatankuasa (JPR) MPPM 2009/2010 dan pemerhati sahaja yang dibenarkan berada di dalam bilik khas yang ditentukan ketika tempoh pengiraan undi.
3. Keseluruhan jumlah undi melibatkan undian bagi 4 zon dan undian pos.
4. Hanya calon yang mendapat undian tertinggi bagi kerusi Presiden dan Timbalan Presiden layak menduduki kerusi tersebut.
5. 3 orang calon bagi siswa dan 2 orang calon bagi siswi yang mendapat undian tertinggi dikira menang bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi MPPM 2010/2011.
6. Sekiranya berlaku seri pada keputusan undian,undian yang seterusnya akan dilakukan oleh pihak JPR (qur’ah)
7. Keputusan pihak JPR adalah MUKTAMAD.
PERATURAN MENGUNDI:
1. Peraturan hanya sah dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat MPPM bagi sesi pentadbiran 2009/2010 atau pentadbir Persatuan Zon dan Badan Kebajikan Anak Negeri bagi sesi pentadbiran 2009/2010 sahaja.
2. Pengundi tidak dibenarkan sama sekali mewakilkan pihak lain untuk mengundi bagi pihak pengundi.
3. Pengundi hendaklah membawa bersama pengenalan sama ada Kad Pengenalan Diri Jordan(Iqamah) ATAU Kad Matrik Universiti (Hawiyah) masing-masing semasa melaporkan diri di kaunter JPR untuk mengundi.
4. Pengundi hendaklah memastikan terlebih dahulu nama mereka tercatat pada Borang Senarai Nama Pengundi yang dikeluarkan oleh JPR MPPM 2009/2010.
5. Pengundi hendaklah memastikan meraka menerima borang pengundian asli (tertera tandatangan AJK JPR) sebelum melakukan proses pengundian.
6. Pengundi hendaklah memastikan mereka menepati waktu mengundi yang telah ditetapkan oleh JPR.
7. Pengundi dilarang sama sekali melakukan sebarang kekecohan semasa pilihanraya berlangsung sama ada di luar atau di dalam bilik mengundi.
8. Pengundi dikehendaki meggunakan pensel yang disediakan oleh JPR MPPM 2009/2010.
9. UNDIAN POS: Mana-mana pengundi yang tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar dari Jordan dibenarkan untuk melakukan undian secara pos melalui email : jpr_mppm@yahoo.com
10. Undian mestilah dihantar kepada email tersebut bermula pada 30 Jun 2010 dari jam 8.00 pagi hingga jam 7.00 petang waktu Jordan.Ini memudahkan pihak JPR melakukan pengiraan setelah tamat waktu mengundi.
11. Hanya e-mail yang sudah berdaftar akan dikira. Walaubagaimanapun pendaftaran masih dibuka selagi belum tamat waktu pengundian.
11. Pengundian pos adalah tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sama dengan peraturan dan tatacara pengundian biasa kecuali waktu melakukan pengundian.
12. Undian adalah sulit.
13. Setiap undian mestilah mematuhi arahan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tertera pada borang pengundian.
14. Keputusan pilihanraya akan diisytiharkan di dalam Mesyuarat Agung MPPM 2009/2010 oleh pengarah atau mana-mana Ahli Jawatankuasa yang diberi arahan oleh pengarah untuk melakukan tujuan tersebut.
15. Mana-mana pengundi yang melanggar mana-mana salah satu daripada Peraturan dan Tatacara Pengundian yang ditetapkan oleh JPR MPPM 2009/2010 boleh dihalang daripada melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi atau undian mereka dikira tidak sah.
16. Keputusan pihak JPR adalah MUKTAMAD.
No comments:
Post a Comment