Assalamualaikum w.b.t.

Assalamualaikum w.b.t. Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Jawatankuasa Pilihanraya (JPR) MPPM 2010

Wednesday, June 16, 2010

Peraturan Umum Penamaan Calon

*PERATURAN UMUM PENAMAAN CALON

1. JPR serta ahli jawatankuasanya adalah bebas dari dicalon atau diundi.
2. Sebarang cadangan nama calon adalah dikalangan ahli yang mempunyai kelayakan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan MPPM fasal ke 14 seperti berikut:

14.1.2 Dipilih dari kalangan ahli MPPM yang memenuhi syarat-syarat berikut:

i- Pernah menyandang jawatan AMM MPPM atau Ahli Badan Pentadbir Persatuan Zon atau Ahli Badan Pentadbir Badan Kebajikan Anak Negeri dalam tempoh dua sesi sebelum sesi semasa, atau sedang menyandang jawatan Ahli Badan Pentadbir Persatuan Zon atau Ahli Badan pentadbir Badan Kebajikan Anak Negeri.

ii- Masih berbaki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengajian di Jordan sewaktu pemilihan dibuat.

14.1.3 Tempoh perjawatan Ahli Majlis Tertinggi MPPM adalah dua belas bulan (12) daripada tarikh pemilihan rasmi sekalipun tempoh pentadbiran mereka dalam Persatuan Zon atau Badan Kebajikan Anak Negeri telah berakhir.

3. Pencalonan hendaklah melalui saluran yang disediakan oleh JPR 09/10.
4. Wakil cadangan penamaan calon tidak akan dilayan.
5. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada wakil JPR 09/10.
6. Pencalonan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat- syarat yang di- tetapkan JPR akan ditolak.
7. Hanya 4 calon yang mendapat pencalonan terbanyak iaitu 2 dari siswa dan 2 dari siswi layak untuk bertanding di Pilihanraya MPPM 2010.
8. Borang penamaan calon yang telah diserahkan kepada JPR tidak boleh ditarik kembali.
9. Penyerahan borang selepas tarikh yang ditetapkan adalah tidak akan dilayan.
10. Tempoh penamaan calon adalah bermula dari 22 Jun ’10 – 24 Jun ’10 (7.00 petang)
11. Bagi pengundi pos (yang pulang ke Malaysia/pergi bercuti) perlu maklumkan kepada AJK kami di zon masing bagi memastikan kelancaran.
12. Peraturan penamaan calon yang digubal oleh JPR ini adalah muktamad & sebarang pertanyaan boleh dihantar ke jpr_mppm@yahoo.com

No comments:

Post a Comment